Apakah definisi kaunseling
Definisi kaunseling
kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu conselling
kaunseling
- proses interaksi yang membantu individu memahami diri daripada situasinya ( matlamat hidup). Penjelasan maksud dan nilai hidup individu itu supaya dapat menentukan tindakan yang wajar pada masa hadapan.
maksud kaunseling
- proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunseling dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.
kaunseling ( Aziz Salleh, 1996)
kaunseling merupakan khidmat perhubungan di antara seorang yang mempunyai masalah psikologi. oleh itu, seorang kaunselor terlatih dilantik bagi mengatasi masalah yang dihadapi.
satu perhubungan yang profesional di antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang klient.
Profesor Dr Othaman Mohammed ( 2000)
merupakan sebahagian daripada proses melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat yang sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh seorang yang menerimanya. lazimnya bagi penentu kebajikan dan perkembangan dirinya.
shertzer & stine ( 1968)
proses interaksi membolehkan individu memahami diri dan situasi.
Arbuckle ( 1965)
kaunseling bukan sahaja menolong klien klien menyesuaikan dengan alam sosial, tetapi individu memahami perlu memahami / kelemahan dan potensi.
Blucher
suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam persekitarannya.
James
pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu mencapai kehendaknya.
coreg
proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerangkan aspek diri dan kehidupannya menimbulkan masalah.
Rasional Kaunseling
1. Kewujudan ketegangan dan ketidakpuasan.
2. Kebosanan belajar dan rendah pencapaian pelajar.
3. Keperluan pertolongan untuk mengembangkan potensi.
4. Keperluan sokongan dalam menghadapi krisis semasa.
5. Masalah diri dan keluarga
6. Kekosongan jiwa dan rohani
7. Ketidakseimbangan emosi.
8. Kebimbangan tentang kemampuan.
Tujuan Kaunseling
1. Mengubah tingkah laku klien
2. Menambah kemahiran klien mengendalikan kehidupannya tanpa rasa ragu-ragu
3. Menambah klien membuat keputusan
4. Meningkatkan kualiti perhubungan dengan orang lain.
5. Melatih klien berfikiran rasional.
6. Melatih klien bersifat positif
Perbezaan Bimbingan & Kaunseling
Bimbingan
· Semua orang boleh memberi bimbingan.
· Dalam bimbingan ada kaunseling
· Bimbingan untuk semua.
· Berlaku di mana-mana sahaja.
Kaunseling
· Kaunseling bertauliah atau mempunyai lesen kursus bimbingan dan kaunseling
· Aplikasi teori dan pengetahuan.
· Garis panduan kod dan etika kaunseling
· Pertemuan bersemuka antara kaunselor dan klien
· Mempunyai bilik khas
Etika kaunselor
1. Kaunselor hendaklah menjaga tingkah lakunya demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang kaunselor yang berintegriti yang menjaga profesion kaunseling.
2. Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.
3. Kaunselor hendaklah menghormati hak-hak klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperoleh semasa kaunseling melainkan maklumat yang akan membahayakan klien dan orang lain.
4. Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar belakang dan sosio- budaya klien.
5. Mengutamakan keperluan klien daripada keperluan kaunselor sendiri.
6 Kaunselor hendaklah diawasi dan dinilai tugas kaunselingnya oleh lembaga kaunselor melalui penyeliaan lazim dan sokongan perundangan.
Hisbah
Hisbah ialah menyeru kepada kebaikan dan meninggalkan perkara yang ditegah oleh Allah S.W.T.
Konsep: ‘Amar Ma’ruf Nahl Mungkar
4 Proses Yang Biasa Digunakan Dalam Proses Kaunseling
· Perkembangan – Memberi maklumat dan sumber dan kekuatan seseorang supaya ia mempunyai azam dan usaha kepada aktiviti sihat dan peningkatan sifat positif.
· Intervensi – merekod
· Penceggahan – Mencegah masalah melalui program-program pencegahan ke atas perlakuan emosi dan pemikiran yang negatif.
· Pemlihan – beri fokus kepada kekurangan yang telah dikenalpasti tingkah laku negatif..
· Pendekatan krisis
Prinsip-Prinsip Kaunseling
Peluang
Setiap murid yang menghadapai masalah harus diberi peluang menerima perkhidmatan bimbingan kaunseling tanpa mengira kaum, status sosial, latar belakang dan agama.
Tanggungjawab dan kerjasama (kerjasama)
Bukan sahaja pada murid untuk mendapatkan bimbingan malahan ibu bapa juga memberi kerjasama.
Mengikut prosedur dan tatacara
Bimbingan dan kaunseling haruslah diurus mengikut prosedur dan peraturan atau tatacara yang ditetapkan. Ia menjadi berkesan apabila dirancang secara teratur.
Tidak boleh dipaksa (sukarela)
Perkhidmatan bimbingan kaunseling hanya boleh diberikan kepada murid yang sukarela menerimanya dan tidak dipaksa.
Dijalankan dalam bilik khas
Sesi kaunseling antara kaunselor dan klien dalam bilik khas yang disediakan.
Diuruskan mengikut etika
Memelihara hak murid. Segala maklumat adalah dianggap sulit.
Dijalankan dalam situasi bersendirian
Bimbingan dan kaunseling dijalankan dalam situasi bersendirian antara kaunselor dan murid.
Merancang tindakan susulan (cadangan)
Dirancang selepas proses bimbingan dan kaunseling agar memastikan masalah yang dihadapi sama ada akademik ataupun emosi-sosial tidak akan timbul semula.
Diuruskan oleh kaunselor yang bertauliah
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling hanya boleh diuruskan oleh kaunselor yang bertauliah /guru bimbingan yang terlatih iaitu orang yang mahir serta berupaya membimbing klien dirinya menyelesaikan masalah akademik ataupun masalah peribadi.
Rukun kaunseling
1. Muhtasab ( kaunselor)
2. Muhtasab ‘alaih (klien)
3. Muhtasab Fih ( masalah yang dihadapi klien)
4. Al-ihtisaab (peringkat)
Kaunseling pendekatan Islam ini menekankan 4 perkara penting
1. Pembangunan roh
2. Pembangunan asal
3. Pengimbangan nafsu (dikawal)
4. Pembangunan hati (dibetulkan)
Rasulullah bersabda ( Riwayat Al-Tabarl)
-‘sebaik-baik manusia itu ialah yang lebih memberi manfaat kepada manusia lain’.
Maksud tingkah laku
Semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur, & dinilai termasuk percakapan seseorang individu. Ia juga merupakan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada sedar ataupun tidak sedar atau separa sedar.
Definisi masalah
Perbuatan masalah merujuk kepada suatu keadaan, situasi/pengalaman yang boleh memberi kesan kepada ketidakseimbangan seseorang individu daripada aspek emosi, pemikiran, tindakan & fizikal.
Ciri-ciri masalah
1. Besar/kecil Sesuatu masalah bergantung kepada diri.
2. Masalah kadangkala disebabkan oleh diri sendiri.
3. Masalah kadangkala boleh menjadikan kita lebih kreatif dan matang
4. Meningkatkan ketabahan dan kesabaran.
Maksud tingkah laku masalah
Merujuk kepada sebarang tingkah laku yang boleh menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Jenis-jenis tingkah laku
- · Tingkah laku positif
- · Tingkah laku negatif
Positif Negatif
- Ingin tahu - Bergantung
- Cepat belajar - Distruptif
- Pintar cerdas - Distruktif
- Proaktif
Tingkah laku bermasalah positif
1. Tingkah laku ingin tahu – sikap ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang dilihat.
2. Tingkah laku cepat belajar – cepat tangkap sesuatu perkara yang baru dipelajari, dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan cepat.
3. tingkah laku pintar cerdas – sentiasa cepat dan pantas apabila menggunakan otak untuk berfikir.
4. tingkah laku proaktif – sentiasa menunjukkan kesungguhan atau sikap maju ke depan berbanding kawan-kawan lain.
Maksud tingkah laku distruptif
1. Menganggu sebarang pembelajaran dan pengajaran.
2. Membahayakan orang lain
3. Menjadi punca terjadinya tingkah laku distruptif jika emosi tidak dikawal.
Kebimbangan yang berlebihan
Sentiasa berasa takut, menunjukkan reaksi cemas, resah, gelisah, dan tiada keyakinan diri.
Pengunduran diri
Malu menunjukkan kebolehan, teragak-agak memberi pendapat/idea, tidak yakin dengan kebolehan diri, sering menggangap orang lebih logik dari dirinya.
Pengasingan Diri
Tidak suak bergaul/berkomunikasi dengan kawan-kawan, sikap rendah diri yang terlalu tinggi, dan perasaan malu pada kawan.
Contoh tingkah laku distruptif
- Hiperaktif
- Membuat bisin
- Bergerak sesuka hati
- Menganggu rakan sebayaKetawa dengan kuat
Kemahiran kaunselor dan melayan
- Mendengar
- Para Frasa
- Memberi tumpuan
- Meminta penjelasan
- Memberi dorongan minima
- Refleksi perasaan
- Pendedahan kendiri
- Konfrontasi ( mujadalah)
1. Mendengar
Sangat penting dalam menjalani kaunseling
Mendengar adalah memberi tumpuan yang sepenuhnya semasa sesi dijalankan.
Kesungguhan dalam memahami makna sama ada berbentuk perasaan pandangan atau pemikiran yang hendak disampaikan.
2. Memberi tumpuan
Fikiran dan perasaan pembimbing tertumpu sepenuhnya pada sesi yang dijalankan.
Susun tugasan kerja dengan baik dan teratur
Jangan meminta klien bercakap secara sehala
Amalkaan membuat temu janji terlebih dahulu
3. Meminta penjelasan
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkaitan perkara yang klien hadapi
Kurangkan penggunaan soalan yang tertutup
Soalan terbuka yang berkaitan dapat klien bercerita.
Terlebih dahulu digalakkan agar pembimbing tidak bertanyakan soalan
4. Parafrasa
Pembimbing memberi respons , parafrasa ia mendorong klien untuk bercerita, berkongsi, dan meneroka dirinya dengan lebih mendalam
Melalui semakan ini kefahaman pembimbing kepada masalah klien akan dapat diselesaikan.
5. Refleksi perasaan
Pemahaman pembimbing terhadap perasaan klien
Adakalanya digambarkan secara lisan, kebanyakan bukan secara lisan
Amati perilaku bukan lisan
Membaca perasaan klien ketika bercerita.
6. Pendedahan kendiri
Kemahiran daripada pembimbing mampu klien membina sikap positif dan rasional.
Memberi dorongan minima
7. Konfrontasi
Perdebatan sehingga klien sedar akan kesalahan atau kesilapan klien sendiri.
Teori dalam kaunseling
1. Teori: Pendapat (bersifat pandangan yang tidak dapat dibuktikan dengan kukuh)yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara dan lain-lain.
2. Teori: Asas, dasar (bukan amalan atau apa yang biasa berlaku).
3. Teori: Prinsip-prinsip amal atau asas-asas kasar dan menjadi dasar pembentukan (perkembangan) sesuatu perkembangan.
Kepentingan teori kaunseling
1. Berguna untuk menjadikan panduan bagi kaunselor dalam meneliti,memahami dan mendalami tingkah laku dan permasalahan yang dihadapi oleh klien.
2. Memudahkan kaunselor mengendaliakan proses menyelesaikan masalah klien dengan cara yang berkesan.
3. Membantu kaunselor membimbing manusia untuk berubah kepada aura positif.
4. Teori kaunseling dapat dilihat sebagai satu aspek yang sangat penting dalam menentukan kejayaan dan keberkesanan sesuatu proses kaunseling.
5. Teori kaunseling ini membimbing kaunselor ke arah menjalankan proses kaunseling secara efektif dan berkesan.
6. Seseorang kaunselor perlu menggunakan satu-satu teori yang selesa bagi yang sesuai untuk dijadikan panduan dan rujukan dalam menolong klien .